Kolej Komuniti Tanjung Piai (@kktpiai) • Instagram foto dan video

Kursus pendek

Sinopsis Kursus Pendek:
  • Memberikan pendidikan dan latihan kepada semua lapisan masyarakat setempat untuk meningkatkan kualiti hidup.
  • Memberikan latihan kepada masyarakat setempat untuk meningkatkan mutu kerja.
  • Memberi pendidikan sepanjang hayat kepada lapisan masyarakat yang berminat melalui program yang fleksibel dan mudah akses.

Kumpulan Sasaran:
  • Lepasan sekolah/penganggur
  • Suri rumah
  • Pekerja industri/swasta/awam
  • Bekerja sendiri
  • Pesara
  • Pertubuhan Bukan Kerajaan
  • Warga Emas (55 ke atas)

Prospek Latihan:
  • Peserta kursus diharapkan akan dapat menguasai kemahiran dalam kursus yang disertai agar boleh membantu meningkatkan mutu kerja dalam kehidupan masing-masing.
  • Latihan akan dapat menyediakan pengetahuan asas dalam memilih kerjaya yang sesuai samada bekerja sendiri atau bekerja dengan majikan.

Tempoh Kursus:
Bergantung kepada jenis kursus yang ditawarkan oleh pihak Kolej Komuniti Tanjung Piai.

Kaedah Pembelajaran:
Pembelajaran kursus pendek adalah berpandukan konsep 'hands-on' di mana peserta mempunyai peluang untuk menjalankan kursus secara praktikal mengikut bidang kursus. Kebanyakkan kursus ini dilakukan di luar waktu bekerja.

Tempat Kursus:
Tempat kursus bergantung kepada kesesuaian kursus samada di Kolej Komuniti Tanjung Piai atau mana-mana premis luar yang disyorkan atau dipersetujui bersama.

Permohonan:
Permohonan boleh dibuat melalui kolej yang menawarkan kursus pendek sama ada secara individu atau berkumpulan. Permohonan secara berkumpulan adalah digalakkan dengan menulis surat beserta senarai nama peserta atau berhubung terus dengan penyelaras kursus pendek melalui talian telefon atau emel tertera. Permohonan juga boleh dibuat secara atas talian di ePSH. Bagi pengguna telefon mudah alih Android, anda boleh memuat turun aplikasi CC Smart di play store untuk permohonan kursus pendek secara mobile.
{module 183}

Pensijilan:
Peserta kursus pendek akan diberikan Sijil Penyertaan setelah berjaya menamatkan tempoh kursus dengan jayanya



Bayaran:

  • Bayaran kursus dikenakan adalah sebanyak (RM5 - RM20).
  • Warga emas dan OKU adalah dikecualikan daripada bayaran yuran.
  • Bayaran pelbagai akan dikenakan mengikut jenis kursus tidak melebihi RM30.

Jam Kursus dan Yuran:
Berikut adalah maklumat yuran kursus pendek:
  • 1 - 5 jam = RM5.00
  • 6 - 10 jam = RM10.00
  • 11 - 15 jam = RM15.00
  • 16 jam ke atas = RM20.00
  • Warga Emas & OKU = Percuma
Tertakluk kepada pindaan/perubahan dan yuran-yuran tersebut tidak termasuk yuran untuk makan, nota, bahan pengajaran dan lain-lain. Warga Emas dan OKU tidak dikenakan sebarang yuran.
Untuk mengetahui senarai kursus pendek Kolej Komuniti Tanjung Piai pada setiap bulan, sila ikuti langkah berikut:
  1. Layari sistem online ePSH
  2. Masukkan no kad pengenalan
  3. Klik butang 'Hantar'
  4. Klik Senarai Kursus Jangka Pendek
  5. PILIHAN NEGERI = JOHOR
  6. Pilihan Kolej = Kolej Komuniti Tanjung Piai
  7. Pilihan Bulan = <pilih bulan semasa>

Antara Kursus yang telah dijalankan:
Kursus Masakan

Kursus Jahitan
Kursus Urutan 



No comments:

Post a Comment